LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Wednesday, 7 December 2011

KESEMPITAN HIDUP MEMAKSA MAJENI MEMINTA SEDEKAH


Gambar hiasan : Kegigihan seekor semut.... This ant appears to be attempting to burst a bubble, not realising it is a glass marble. The image was captured by amateur snapper Teguh Santosa outside his home in Indonesia. Teguh had placed marbles on a wall wet with rain to try and divert the marching ants towards him so that he could photograph them close-up. But this ant refused to be moved and instead tried to 'burst' the glass ball, before storming over the top, pausing on top to look at the view. Picture: TEGUH SANTOSA / CATERS NEWS



KUCHING: Kesempitan hidup memaksa dia menadah tangan menagih simpati orang ramai yang lalu lalang di kaki lima saban hari mengharapkan ada yang sudi menghulur sedikit wang.

Itu nasib atau ketentuan yang sukar diterima oleh mana-mana insan, apatah lagi di kala umur kian senja, dia layak duduk di rumah dan bermain-main dengan cucu.

Bagi Majeni Saili yang cacat penglihatan, dia pasrah menerima cabaran hidup ketika meniti usia emas.

Berita selanjutnya, [sila klik di sini]


Friday, 2 December 2011

DOA MENGHINDARI DARI PENYAKIT LUPA



Sumber rujukan. Amat berbaloi untuk dimiliki. Hanya RM29.90 untuk kulit keras dan sebelum diskaun. Biasanya kedai akan bagi diskaun 10%. Simpan resit untuk pelepasan cukai pendapatan.












Jika kurang jelas, sila klik Ctrl + untuk pembesaran

Thursday, 10 November 2011

SOLUSI : BENAR-BENAR SOLUTION



Kepada sahabat2ku yang masih tercari-cari bahan bacaan yang sesuai seisi keluarga, aku ingin mencadangankan majalah SOLUSI, suatu majalah yang pada pandangan aku dapat melengkapkan sebahagian ilmu pengetahuan Islam. Aku belajar tentang Islam semasa ambik SPM 1987 dahulu. Kemudian, hanya mempelajarinya secara tak formal di surau masjid, pada ustaz2 yang dipanggil jemput. Sebenarnya, lagi banyak yang kita pelajari, semakin dekat kita kepada kefahaman, dan malajah SOLUSI berperanan melengkapkan lagi kefahaman Islam kita, jikatak semua, sedikit sebanyak pasti membantu. Di bawah ni ada sedikit bingkisan untuk dikongsi bersama. Ops...lagi satu RM10 untuk 114 ms dan yang pentingnya iklan tak banyak dan penulis2nya aku kira(memangpun) memiliki kemahiran yang amat mendalam dalam mengupas sesuatu isu. Aku rasa kali pertama membacanya, aku telah jatuh cinta padanya dan tak pernah miss membelinya. Cuma kekadang tu, miss membaca ada ler.




Jika anda suka, clicklah like/share....


Friday, 4 November 2011

HATI JUGA ADA MAKANANNYA..



6 Perkara yang merosakkan hati manusia...

Hasan Basri telah berkata,

Kerosakkan hati manusia disebabkan 6 perkara :

1- Sengaja melakukan dosa dengan harapan dosanya akan diampunkan.

2- Memiliki ilmu tetapi tidak diamalkannya.

3- Apabila beramal tetapi tidak Ikhlas kepada Allah SWT.

4- Memakan rezeki Allah SWT tetapi tidak pernah bersyukur kepada Allah SWT.

5- Tidak redha dengan pemberian Allah SWT.

6- Sering menguburkan orang mati tetapi tidak mahu mengambil pengajaran dari kematian tersebut.


Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 193.



Hanya perlu daftar di sini(cam daftar FB jer), klik auto-sharing dan tunggu jer RM masuk dalam kocek. Banyak ke? Tak lah tapi kalau setakat nak makan KFC, boleh order 2 kotak KFC. Tak caya? Dah 76,351,641 yang mendaftar. Tak kan kelentong kot. Moh....


Thursday, 3 November 2011

IBU, ANAK TERLANTAR SAKIT POHON BANTUAN


Dunia umpama roda basikal, sihat dan sakit datang silih berganti dalam kehidupan sesorang insan. Bagaimanapun, nasib yang meninpa satu keluarga di Alor Setar, Kedah benar-benar memerlukan simpati dan bantuan masyarakat kerana ketidakmampuan mereka untuk bekerja mencari sesuap rezeki.


ALOR SETAR, 2 Nov -- Radzi Abdul, 58, (kanan) membersihkan tangan isterinya Sabariah Saari, 50, yang menderita sakit barah payu dara manakala Mohd Azuandi Abdul Aziz, 25, (duduk belakang) menyuapkan makanan kepada adiknya, Muhammad Nur Hafizi Abdul Aziz, 20, yang terlantar sakit akibat kemalangan jalanraya setahun lalu. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Radzi di talian 12-5979138. Foto=BERNAMA.



ALOR SETAR, 2 Nov -- Mohd Azuandi Abdul Aziz, 25, (duduk) menghiris buah untuk disuapkan kepada adiknya, Muhammad Nur Hafizi Abdul Aziz, 20, yang terlantar sakit selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya setahun lalu. Kejadian itu menyebabkan Muhammad Nur Hafizi tidak boleh bangun dan kedua-dua belah matanya buta. Orang ramai boleh menghubungi Radzi di talian 012-5979138 untuk menghulUrkan bantuan. Foto=BERNAMA.


Sunday, 30 October 2011

IBU KITA BUKAN PEMBOHONG LAGI




Tahukah anda, manusia biasanya boleh tahan kesakitan sehingga pada skala 45 unit del kesakitan(unit yang digunakan untuk mengukur tahap kesakitan manusia)
Bagaimanapun, ketika seseorang ibu melahirkan anaknya, tahap kesakitannya boleh menjangkau sehingga 57 unit del kesakitan. Ini bersamaan dengan 20 tulang menjadi retak secara serentak. Bayangkan jika anda dipukul dengan hammer sehingga retak 20 tulang ada kesemuanya serentak.
Cintailah ibu anda, individu paling indah di dunia ini, pengkritik terbaik anda, dan juga merupakan penyokong anda paling setia/terkuat.

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.




Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kepada yang masih ada ibu, berkhidmatlah sebaik mungkin. Jika yang sudah meninggalkan kita, sedekahlah ayat2 suci Al-Quran sekerap yang mungkin.

Be a part of Nissan X-perience[Free Click for details].



Saturday, 29 October 2011

AKIBAT MARAH SUAMI PUKUL ISTERI HINGGA PENGSAN DEPAN ANAK




Seorang surirumah menerima tiga jahitan di kepala selepas dipukul suaminya kerana gagal menyiapkan makanan di rumahnya di Taman Netas Maju, Mentakab pada Rabu lepas.

Mohd Haris berkata dalam kejadian pada 3 petang itu, suami mangsa yang berusia 55 tahun baru pulang daripada mencari kerja dan ingin menikmati makanan namun isterinya masih belum menyiapkan hidangan.

Katanya mangsa berusia 39 tahun kemudian dipukul dengan kayu di kepala oleh suaminya sebelum dipijak sehingga pengsan.

Kejadian itu turut disaksikan empat anak mereka yang berusia 5 hingga 13 tahun, katanya.

Sumber = BERNAMA


Entah apa nak jadi pada dunia sekarang, aku pun tak tahu. Gamak seorang lelaki, yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk memberi perlindungan kepada anak isteri memukul teman sebantalnya sampai begitu sekali. Kalau nak marah pun patut padan ler. Ini lepas geram pada isteri yang merupakan sebahagian daripada badan/nyawa kita sendiri, sanggup berkongsi susah senang dengan kita. Ops!! silap, bukan berkongsi, malah sanggup mengutamakan anak dan suami melebihi diri mereka sendiri. Tak patut...Memang tak patut. Atau lain perkataan = kejam.

Nak tahu tentang kereta impian di sebelah ni. Klik di sini. Tak perlu beli, just tengok dulu. Semua pencapaian menakjubkan bermula dengan impian.

AKIBAT MARAH LELAKI TUMBUK SEPUPU WANITA HINGGA PATAH HIDUNG




Lelaki Tumbuk Sepupu Wanita Hingga Patah Hidung Kerana Geram Dengan Gurauan

KUANTAN, 28 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki menumbuk sepupu wanitanya sehingga patah hidung kerana geram dengan wanita itu yang mengambil dompetnya sebagai satu gurauan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata sebelum kejadian, lelaki berusia 22 tahun itu pergi berjumpa sepupunya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai perabot di Raub, pagi Khamis.

Beliau berkata sebelum beredar, dompet lelaki terbabit telah diambil oleh sepupunya berusia 24 tahun tanpa disedari sebagai satu gurauan.

"Kira-kira 12 tengah hari itu, wanita tersebut ke rumah sepupu lelakinya di Taman Raub Jaya untuk memulangkan semula dompetnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya selepas memulangkan dompet berkenaan, mangsa yang hendak pulang telah dihalang oleh sepupu lelakinya itu, yang melepaskan tumbukan ke bahagian muka sepupunya selain menyepak dan menghantuk mangsa ke dinding, kerana dipercayai geram dengan gurauan itu.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai terlalu marah kerana memerlukan kad pengenalannya untuk belajar memandu.

Sumber - BERNAMA

Your next car should be Germany. Terkejut? [Klik info di sini].



Friday, 28 October 2011

TAK RUGI RAMAI SAHABAT?



Memang tak rugi bersahabat ramai, baik di dunia media sosial seperti FB ataupun Tweeter, mahupun di alam sebenar seperti alam pekerjaan, alam universiti dan macam-macam alam lagi dah. Jom tengok kartun ni, tak yah aku cerita panjang2. Tapi kawan yang negatif? Baik kau jauhkan diri... TST la kan.

Nakkan percutian yang murah tetapi selesa? Beli pakejnya kat sini jer. [
]. Tentu berbaloi...

ANDAI MEREKA BOLEH BERBICARA : PANDAI MACAM LEMBU? ANJING PUN TENSION?





Di suatu petang, tatkala lembu bertemu anjing. Maka bermulalah satu bicara/diskusi ilmiah di antara mereka berdua...

LEMBU: Hai anjing, apa khabar? Macam ada yang tak kena jer?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata : "Hoi anjing, pergi jauh-jauh. Najis!".

LEMBU: Ya, lah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku, masih boleh dibersihkan dengan disamak. Tu jer. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak bersihkan dosa dengan samak?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau anjing, malah tak boleh suci sekalipun, melainkan melalui memohon ampun dari Yang Maha Esa dan meminta maaf dari penjaga/ibubapanya.

ANJING: Wah! Ayat kau memang power la lembu. Manusia kena ubah pepatah ler 'Pandai macam

LEMBU'. Betul la tuh.

Hopefully, kita dapat mempelajari sesuatu dari kisah ini. Kata sesetengah orang, jangan melihat siapa yang berkata, tetapi dengar dan ambil nasihatlah apa yang diperkata.... Check kit dout.

Nak tau cerita tentang kereta
ni? [Klik kat sini] Its free info/demo.

Thursday, 27 October 2011

KITA AKAN KE KUBUR JUA AKHIRNYA....





5 waktu atau azab Allah.

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya,

“Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

6 seksa di dunia
1) Allah mengurangkan berkat umurnya
2) Allah memayahkan rezekinya
3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6) Allah tidak akan menerima doanya

3 seksa hadapi maut
1) Mati dalam keadaan amat dahaga
2) Mati dalam keadaan lapar
3) Mati dalam keadaaan hina

3 seksa di dalam kubur
1) Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3) Allah akan seksa hingga hari kiamat

3 seksa dipadang mahsyar
1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang

4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras

Dosa meninggalkan solat subuh
Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia

Dosa meninggalkan solat zohor
Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam

Dosa meninggalkan solat asar
Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)

Dosa meninggalkan solat maghrib
Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri

Dosa meninggalkan solat isyak
Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit.

Ampunilah kami Ya Allah...

Untuk meningkatkan kefahaman agama Islam anda, sila rujuk kepada ustaz/ustazah di tempat saudara/saudari. Wallahu'alam.


Wednesday, 26 October 2011

TIPS BEBAS HUTANG WALAUPUN MEMILIKI KAD KREDIT





Tip Penggunaan Kad Kredit Berhemah

Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya masalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Makin lama hutang tertunggak, makin banyak pula ‘faedah’ yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada para pengguna kad kredit.

1. Sebelum memiliki kad kredit, lebih baik anda berfikir dahulu, adakah menjadi satu kepentingan untuk anda memiliki kad kredit dan untuk apa anda memohon kad kerdit itu. Jika anda rasa tidak mampu mengawal diri daripada berbelanja berlebihan menggunakan kad kredit, elok anda batalkan sahaja niat anda untuk memohon kad kredit. Ianya lebih selamat daripada anda terpaksa menanggung beban hutang yang tidak berkesudahan.

2. Jika sudah memiliki kad kredit, ingat dan sentiasa tanam dalam diri anda agar tidak boros ketika berbelanja menggunakan kad kredit. Kalau boleh, beli secara tunai sahaja dan elakkan berhutang. Apa yang paling penting ketika menggunakan kad kredit ialah disiplin. Jika tiada disiplin yang kuat dalam diri anda, maka berlakulah penyalahgunaan kad kredit.

3. Jika anda terdesak untuk menggunakan kad kredit terutama untuk perkara-perkara yang tidak dijangka dan kebetulan ketika waktu tersebut anda tidak mempunyai wang yang cukup, maka gunakanlah kad kredit anda. Dan jika anda berhajat untuk membeli sesuatu misalnya televisyen baru, gunakanlah pelan bayaran tanpa faedah. Buat masa ini banyak kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran tanpa faedah untuk kemudahan pembelinya.

4. Cubalah untuk cari kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran mudah yang menawarkan bayaran tanpa faedah untuk tempoh selama 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan.

5. Jika anda memiliki baki tertunggak dalam sesebuah kad kredit, cubalah usahakan untuk memindahkan baki bayaran tertunggak anda kepada kad kredit yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kad kredit yang anda pakai sekarang. Tapi yang pasti, jangan tambah kad kredit. Bila sudah mohon kad kredit yang baru, pastikan anda membatalkan kad kredit yang sebelumnya untuk mengelakkan bertambahnya beban hutang anda.

6. Cuba disiplinkan diri anda untuk bayar jumlah penuh setiap perbelanjaan yang anda buat setiap bulan menggunakan kad kredit. Ini ialah untuk mengelakkan anda dikenakan bayaran faedah oleh pihak pengurusan kad kredit anda. Biasanya setiap kad kredit menawarkan 20 hari tanpa bayaran faedah. Namun apa yang paling utama sekali ialah disiplin ketika menggunakan kad kredit. Jika tidak sampai bila-bila pun anda gagal menguruskan kewangan anda dengan baik.


WORDLESS WEDNESDAY : HUMAN LIFE MAP



Untuk renungan/muhasabah diri bersama.....


Tuesday, 25 October 2011

[VIDEO FACEBOOK] KISAH PEREMPUAN BERGADUH KERANA BEREBUTKAN BOYFRIEND



Dasat dan ganaih perempuan laa ni. Sanggup bertinju cara perempuan untuk berebut jantan. Hhhhheeeeee tak rela I... Kliklah pada gambar

Monday, 24 October 2011

RASUAH MEMANG TAK BERBALOI, ANDA SEDANG DIPERHATI.




Hukuman Terhadap Bekas Pengarah Muzium ATM Kekal

PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) -- Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara dua tahun terhadap bekas pengarah Muzium Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas 14 kesalahan rasuah.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel tiga hakim juga mengekalkan jumlah denda sebanyak RM350,000 ke atas Leftenan Kolonel Zainal Mohd Ali setelah menolak rayuannya ke atas sabitan dan hukuman.

Hakim Md Raus bersidang bersama hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Clement Allan Skinner.

Zainal, 57, yang datang ke mahkamah dengan bertongkat kerana kehilangan kaki ekoran serangan komunis pada 1979 ketika menyertai operasi di Bukit Gubir, Kedah kelihatan sebak selepas hakim membuat keputusan.

Isteri dan anak lelaki Zainal turut kelihatan menangis sebelum beliau dibawa oleh anggota polis untuk dihantar ke penjara.

Pada 5 Feb 2008, Zainal, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen terhadap lapan tuduhan menggunakan kedudukannya dengan meminta seorang kontraktor, Anuar @ Mohamed Annuar Abdul, memberikan kerja atau kontrak yang ditawarkan Kementerian Pertahanan Malaysia kepada syarikat isterinya, Suhani Enterprise, berjumlah RM154,600.

Zainal didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Muzium ATM, Jalan Padang Tembak, antara November hingga Disember 2000.

Dia juga didapati bersalah terhadap lima tuduhan memperoleh rasuah sebanyak RM33,000 daripada Anuar sebagai dorongan untuknya memberi kerja senggaraan dan pembaikan serta perkhidmatan lain bagi Muzium ATM kepada syarikat milik Anuar.

Bagi lima tuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Maybank cawangan Taman Setiawangsa, Wisma Rima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, antara 30 Okt hingga 26 Dis 2000.

Zainal juga menghadapi satu lagi tuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu pesanan kerajaan dan invois Shura Trading, yang mana tertuduh mengesahkan dalam invois itu bahawa perkhidmatan dan barang-barang yang dipesan dalam pesanan kerajaan, sudah dibekalkan dengan cukup serta memuaskan.

Bagaimanapun, barangan yang dicatatkan dalam pesanan kerajaan iaitu membuat dan membekalkan sijil penghargaan termasuk bingkai dan papan lapik untuk sijil penghargaan penderma artifak ke Muzium ATM, tidak dibekalkan. Semua barangan yang dicatatkan itu bernilai RM19,500.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, antara 27 Nov dan 14 Dis 2000.

Mahkamah Sesyen pada 5 Feb 2008 menjatuhkan hukuman penjara empat tahun, dan selepas merayu di Mahkamah Tinggi hukumannya dipinda kepada dua tahun penjara dan denda RM350,000, pada 14 April tahun lepas.

Ketika rayuan, peguam Mej (B) Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang mewakili Zainal memohon mahkamah menimbang jasa anak guamnya kepada negara sepanjang berkhidmat selama 30 tahun, dan beliau (Ku Abdul Rahman) yang turut sama menyertai operasi menentang komunis pada 1979 amat mengetahui semangat juang dan keberanian Zainal.

Katanya Zainal telah kehilangan kaki sebelah kanan (kini memakai kaki palsu) ketika diserang ribuan komunis dan berikutan kesalahan itu, Zainal kehilangan punca pendapatan dan segala kemudahan selepas bersara.

Tambah Ku Abdul Rahman, Muzium ATM dan Anuar juga tidak mengalami sebarang kerugian dan tindakan anak guamnya menyerahkan projek tersebut kepada syarikat isterinya hanya semata-mata bagi memastikan kerja terbengkalai dapat disiapkan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Asnawi Abu Hanipah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada orang lain kerana kesalahan rasuah adalah serius.

Foto&Informasi dari BERNAMA


PONTENG SEKOLAH DEMI BAPA, DATUK DAN NENEK



KOTA BAHARU, 24 Okt -- Tengku Azizah Tengku Ahmad, 41, memberikan ubat kepada suaminya, Zulkifli Deraman, 44, yang disahkan menghidap penyakit angin ahmar sejak dua tahun lalu dan tinggal di rumah usang bersama keluarganya di Kampung Tok Ku, Sering dekat sini.
Tengku Azizah menjadi tonggak keluarga mencari pendapatan keluarga manakala lima daripada enam anaknya, Nik Nur Alwani Zulkifli, 16, Nik Muhamad Arif, 15, Nik Muhamad Afif, 13, Nik Mohamad Azwar, 11 dan Nik Nur Athirah, 10, terpaksa bergilir ponteng sekolah demi menjaga bapanya serta datuk, Tengku Ahmad Tengku Daud, 90 dan nenek, Tengku Sepiah Tengku Ahmad, 89, yang tinggal bersama mereka. Foto BERNAMA


Lima Beradik Bergilir Ponteng Sekolah Demi Bapa, Nenek, Datuk

KOTA BAHARU, 24 Okt (Bernama) -- Demi menjaga bapa, nenek dan datuk yang sakit, lima beradik di Kampung Tok Ku, Sering, dekat sini terpaksa bergilir-gilir ponteng sekolah biarpun menyedari tindakan itu bererti memperjudikan masa depan mereka.

Kakak sulung daripada lima beradik itu, Nik Nur Alwani Zulkifli, 16, berkata dia dan adik-adiknya, Nik Muhamad Arif, 15, Nik Muhamad Afif, 13, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti serta Nik Mohamad Azwar, 11, dan Nik Nur Athirah, 10, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Jembal, terpaksa ponteng sekolah bagi meringankan beban ibunya, Tengku Azizah Tengku Ahmad, 41, yang mengambil alih tugas menyara keluarga selepas bapanya, Zulkifli Deraman, 44, disahkan menghidap penyakit angin ahmar sejak dua tahun lalu.

"Selepas bapa disahkan menghidap penyakit angin ahmar dan lelah sehingga dia tidak mampu menguruskan diri sejak dua tahun lalu, ibu terpaksa mengambil alih menjadi ketua keluarga dan mencari nafkah untuk kami sekeluarga.

"Keadaan bapa yang semakin teruk sehingga terpaksa memakai lampin pakai buang memaksa kami bergilir ponteng sekolah menjaga bapa menggantikan ibu yang keluar bekerja... apatah lagi kedua-dua nenek dan datuk saya, Tengku Sepiah Tengku Ahmad, 89, dan Tengku Ahmad Tengku Daud, 90, yang sakit tua dan tinggal bersama kami memerlukan penjagaan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Nik Nur Alwani berkata keadaan bapanya yang sebelum ini bekerja sebagai anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) kawasan Kedai Lalat dan buruh di kampungnya kini semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap dan terpaksa berulang-alik mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ibu mereka, Tengku Azizah berkata dia terpaksa membenarkan lima daripada enam anaknya itu ponteng sekolah kerana beliau terpaksa keluar bekerja menyara keluarga sebagai pembantu di sebuah kilang perabot di Pasir Tumboh dengan pendapatan harian kira-kira RM18 sehari.



KOTA BAHARU, 24 Okt -- Tengku Azizah Tengku Ahmad, 41, bersama anaknya, Nik Mohamad Azwar Zulkifli, 11, menterbalikkan asam keping yang dijemur untuk dijual sebagai pendapatan sampingan keluarga yang dijual di rumahnya di Kampung Tok Ku, Sering dekat sini. Foto BERNAMA


Bagaimanapun, katanya ekoran keadaan suami dan dua orang tuanya yang kadangkala diserang sakit teruk, dia kerapkali terpaksa mengambil cuti.

"Kalau dikira sebulan saya akan menerima pendapatan RM540 tetapi kerana kerap mengambil cuti pendapatan yang diperoleh terlalu sikit dan tidak mencukupi... apatah lagi saya terpaksa menanggung kos lampin pakai buang suami yang berjumlah RM300 sebulan," katanya.

Selain itu, katanya keadaan rumah pusaka didiami mereka semakin usang dan menunggu roboh dengan atap yang bocor serta dinding dan lantai yang berlubang menambah bebanan hidupnya.

Tengku Azizah yang tidak pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak mengetahui prosedur berkata dia berharap ada insan yang sudi menghulurkan bantuan kewangan untuk membaiki rumahnya.

Dia juga berharap memperoleh peralatan seperti mesin jahit untuk membolehkkanya bekerja dari rumah dan menjaga suami serta kedua-dua ibu bapanya, sekaligus memberi ruang kepada kelima-lima anaknya ke sekolah.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Tengku Azizah di talian 014-5026179 atau penghulu Kampung Tok Ku, Shukri Ali di talian 013- 9538113.

Bantuan juga boleh terus disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional Tengku Azizah yang bernombor 03103-29-00015739-3.

Foto&Informasi dari BERNAMA


Saturday, 22 October 2011

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG




Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini, tak kisahlah sama ada UPSR, PMR, SPM, STPM mahupun peepriksaan di universiti. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi dan sharekan dengan rakan2 anda. Untuk bacaan yang sempurna, sila belajar pada guru2 agama yang mursyid.


Friday, 21 October 2011

FADHILAT JUMAAT(1)




Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:”Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.” (Hadis Riwayat Bukhari)


Tuesday, 18 October 2011

BAYI MATI DENGAN KESAN KELARAN DI ASRAMA SEKOLAH



Menurut sumber, inilah bayi tersebut


17 Oktober, 2011 17:18 PM

Bayi Baru Lahir Ditemui Mati Dengan Kesan Kelaran Di Asrama Sekolah
BETONG, 17 Okt (Bernama) -- Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di sini Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi Isnin baagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.

Katanya polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Informasi sumbangan BERNAMA.

[Tingkatkan kelajuan internet anda? Klik free info di sini]

Sunday, 16 October 2011

DOA SUPAYA MENJADI SEORANG YANG RAJIN DAN MENGELAKKAN DIRI DARIPADA BERHUTANG






SETIAP DARIPADA KITA MAHU MENGELAK DARIPADA TERUS BERSEDIH, MENJADI SEORANG YANG RAJIN DAN MENGELAKKAN DIRI DARIPADA BERHUTANG..AMALKAN DOA INI SETIAP HARI SELEPAS SOLAT LIMA WAKTU..INSYALLAH

..Allahumma, aku berlindung daripadaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung daripadaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung daripadamua daripamu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung daripadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (3x)..aminnn
SETIAP DARIPADA KITA MAHU MENJADI SEORANG YANG RAJIN..AMALKAN DOA INI SETIAP HARI SELEPAS SOLAT LIMA WAKTU..INSYALLAH ..Allahumma, aku berlindung daripadaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung daripadaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung daripadamua daripamu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung daripadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (3x)..aminn

Sila rujuk ustaz/ustazah di tempat saudara/saudari untuk penyempurnaan bacaan doa ini.


LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX